MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN
Kelas : Tahun 2
Bidang : Nombor Dan Operasi
Tajuk : 8. Wang Hingga RM100
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk
8.2 menambah nilai wang.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk
(i) menambah dua nilai wang yang melibatkan:
a) ringgit
b) sen
c) ringgit dan sen, dan jumlahnya tidak melebihi RM100.
Masa : 60 minit ( 2 waktu )
FASA | CADANGAN AKTIVITI | CADANGAN KOMUNIKASI |
1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis | 1. Menyediakan gambar barangan yang dijual di kedai siap dengan tanda harga. RM80 RM20.50 2. Menyediakan wang contoh RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100, dan syiling 10 sen, 20 sen, 50 sen. | Apakah barang yang ditunjukkan? Nyatakan harga barang tersebut? Pilih wang yang sesuai digunakan untuk membeli barang tersebut. |
2. Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea | Cuba pilih 2 gabungan nilai wang untuk menghasilakn nilai wang yang ditunjukkan. Contoh: RM25 = _____ dan ______ 80 sen = _____ dan ______ RM5.50 = ____ dan ______ | 1. Apakah dua nilai wang yang digabung menghasilkan nilai yang dikehendaki. 2. Adakah gabungan dua nilai yang lain juga membentuk nilai yang dikehendaki. |
3. Perkembangan Penambahbaikan Menilai | Kerja kumpulan. 1.Guru membentuk kumpulan murid. Setiap kumpulan ada 3 orang ahli. 2.Guru menyediakan sampul surat yang berisi sejumlah nilai wang (kertas dan syiling). 3. Guru menayangkan gambar-gambar barangan yang terdapat di kedai. 4. Meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk menunjukkan jumlah wang seperti yang diminta. 5. Guru bertanyakan operasi yang boleh digunakan dalam menentukan gabungan dua nilai wang. | 1. Bentukkan kumpulan tiga-tiga orang. 2. Semak kandungan sampul surat yang disediakan dalam kumpulan kamu. 3. Pilih dua wang contoh untuk menghasilkan nilai wang yang boleh digunakan untuk membeli barang yang ditunjukkan. 4. Seorang wakil diminta untuk menunjukkan wang yang dihasilkan bagi nilai barang tersebut. 5. Apakah operasi yang sesuai digunakan dalam aktiviti ini? |
4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan | 1. Gunakan kaedah jual beli diantara kumpulan berdasarkan tugasan yang diedarkan. 2. Guru menyediakan contoh-contoh barangan yang biasa terdapat di kedai. Guru sebagai pemilik kedai. | 1. Murid dikehendaki membeli barangan yang telah disenaraikan dalam tugasan. 2. Pilih barangan yang terdapat di sini dan gunakan pelbagai gabungan dua wang contoh. |
Pentaksiran | Rujuk lampiran 1. | 1. Bolehkah kamu berikan jawapan bagi setiap gabungan dua wang contoh berikut? 2. Tolong lengkapkan ayat matematik berikut dengan menulis simbol operasi yang harus digunakan. 3. Jawab soalan yang diberikan. |
Nilai dan sikap | Jujur, bekerja sama , bertoleransi yakin pada diri sendiri semangat dan semangat keusahawanan. | 1. Apakah sifat yang penting ketika kita membeli sesuatu barangan? 2. Bagaimanakah kita memajukan sesebuah kedai? 3. Apakah yang harus dilakukan sekiranya kamu ada mempunyai lebihan wang? |
Refleksi :
Hampir kesemua murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan iaitu 15 daripada 16 orang murid dapat menjawab dengan betul lembaran kerja yang diberikan.
Kekuatan : Pengajaran yang mengaplikasikan Model Membuat keputusan yang jarangkali kita laksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid untuk terus mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kekurangan : Hanya beberapa topik sahaja yang boleh kita laksanakan dengan mengaplikasikan pengajaran seperti ini.
Langkah Mengatasi : Saya akan mencuba untuk mencari lebih banyak topik yang bersesuaian dengan model ini untuk diaplikasikan di dalam kelas bagi menarik perhatian murid. Pendekatan yang berbeza yang lain turut akan saya cuba bagi memastikan murid dapat menguasai sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran yang saya anjurkan.
No comments:
Post a Comment