Pages

Saturday, 10 December 2011

Contoh Persediaan Mengajar Matematik Lengkap

1.0          RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran                         : Matematik
Kelas                                       : Tahun 1
Tarikh                                      : 9. November. 2011
Masa                                       : 8:30 am-9.00am ( 30 minit )
Tajuk                                       : Ruang
Bidang Pembelajaran             : Sukatan dan Geometri
Standard Kandungan              : 9.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)
Standard Pembelajaran          : Di akhir pelajaran, murid dapat :
 i) Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid,
                                                    silinder dan sfera.
Bahan Bantu Mengajar           : Bongkah plastik, gambarajah bentuk, senikata lagu
   bongkah, lembaran kerja
            Pengetahuan Sedia Ada         : Murid-murid telah pun terdedah dengan bentuk-
  bentuk yang terdapat di persekitarannya.   
            Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i)              Set induksi
ii)             Aktiviti – penerangan dengan menggunakan bahan maujud – penerangan dengan menggunakan gambarajah dan papan tulis – soal jawab – pengukuhan
iii)            Penutup – Nyanyian dan kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran.
            Nilai                                         : Berusaha, kerjasama, memberi perhatian dan yakin
            Rujukan Guru                         : Buku Teks Matematik Tahun 1 (Jilid 2)
            Rujukan Murid                                    : Buku Aktiviti Jilid 2 ( ms 63-69)
Langkah pengajaran
a)    Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah / Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(4 minit)
·      Guru membawa unsur ingin tahu dengan menyuruh murid meneka apakah yang terdapat di dalam kotak.
·       Guru menyediakan set-set soalan berkenaan kotak tersebut.
·       Guru memperkenal tajuk pelajaran.
Nilai:
Memberi perhatian

Langkah 1
(6 minit)
·      Guru menerangkan nama-nama bentuk tiga dimensi dengan menggunakan benda maujud (bongkah plastik).
·      Guru membimbing murid mengeja nama-nama bentuk berkenaan.
·      Guru menyediakan bahan maujud berkenaan.
Nilai:
Bekerjasama

Langkah 2
(5 minit)
·      Guru menerangkan semula nama-nama bentuk tiga dimensi dengan menggunakan gambarajah.
·      Guru menyediakan gambarajah bentuk-bentuk tiga dimensi
Nilai : Memberi perhatian

Langkah 3
(4 minit)
·      Guru mengadakan soal jawab berkenaan tajuk yang diajar.
·      Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan berkenaan yang tajuk tersebut.
Nilai: Bekerjasama

Langkah 4
(pengukuhan)
(8 minit)
·      Murid-murid menyiapkan lembaran kerja yang di berikan secara individu.
·      Guru menyemak hasil kerja murid
Nilai:
Yakin

Langkah 5
(Penutup)
(3 minit )
·      Guru membimbing murid menyanyikan lagu bongkah.
·      Murid menyanyikan lagu tersebut tanpa iringan muzik
·      Guru bersoal jawab dengan murid tentang kesimpulan dan isi pelajaran.
 Nilai:
Bekerjasama

No comments:

Post a Comment