Matematik adalah subjek yang agak kurang diminati oleh murid. Ini kerana matematik memerlukan proses pengiraan yang kadang kala agak panjang. Murid yang cepat bosan dan tidak gemar menghafal sifir akan mengatakan bahawa subjek Matematik sangat susah. Padahal subjek matematiklah yang paling senang dikuasai asalkan kita ingat formula, hafal sifir dan rajin mengira.
Semasa di sekolah dahulu, subjek yang saya paling minati adalah matematik, walaupun guru yang mengajar saya sangat garang. Sikap guru yang garang ini rupa-rupanya kunci kejayaan bagi saya kerana jika guru saya dahulu tidak garang sudah pasti saya tidak akan menjadi guru matematik sekarang. Saya sentiasa menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru, menghafal sifir dan berusaha meningkatkan prestasi saya bagi memastikan cikgu matematik saya tidak memarahi saya. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya.
Kini saya adalah seorang guru. Saban hari saya mendengar rungutan murid yang tidak meminati subjek ini. Namun saya tetap bersabar dan cekal memastikan murid dapat menguasai topik yang saya ajar. Barulah sekarang saya rasa, tanggungjawab yang guru saya dahulu sangat berat.